BORNEO SABAH~MARI MARI SEPANGGAR ISLAND

Jom Ke Pulau !


Hi kamurang semua ✌, apa khabar? akhirnya selepas 3 bulan pkp dapat juga sambung projek yang masih jauh perjalanan. tapi, jangan abaikan SOP yang kerajaan sudah tetapkan yer! kerap cuci tangan, pakai hand senitaizer, pakai mask kalau berada di luar dan amalkan jarak 1 meter.

kalau bercakap tentang pulau, pulau pertama yang akan muncul di fikiran kamu apa? kalau saya, Pulau manukan! sebab saya pernah day trip di sana. lagi pun pulau manukan ni adalah salah 1 pulau yang menjadi tarikan di kalangan pelancong seluruh dunia. tapi kali ni saya bukan mau bercerita pasal pulau manukan, kita skip dulu untuk next blog. hehe 😁.

MARI MARI SEPANGGAR ISLAND

Secara jujur, saya tidak pernah tahu pasal pulau sepanggar tapi macam saya pernah dengar, hehe😁 . jadi, beberapa bulan yang lalu masa pkp, tiba-tiba pulau sepanggar muncul di benak fikiran saya (benak! gitu.haha😂) jadi, saya google dan google dan terus saya nampak ada beberapa blog yang di tulis sekitar 7 tahun lalu dan 5 tahun lalu. mmm.. yang latest tiada😩. mungkin sebab pulau sepanggar ni kurang popular berbanding dengan pulau-pulau sekitar macam pulau manukan & pulau sapi. di bawah ni adalah Map pulau sepanggar

bentuk dia macam ikan pari/mantaray. di bawah pula adalah satelite map.

jadi saya ambil keputusan, di bulan july ni saya mahu pergi di sana, sekarang here i am. dan mau merasa pengalaman di sana. sambil-sambil buat blog untuk di kasi highlight ni mari mari sepanggar island.

pendapat saya, meskipun pulau sepanggar ni kurang popular berbanding pulau yang lain, penginapan dia pun sederhana dan elektrik pun terhad sebab di jana dari tenaga solar ja, tapi kalau kamu mau datang pulau sebab mau kasi relax fikiran, mau tengok laut, mau bersendirian sebab penat sudah jumpa muka-muka yang sama di tempat kerja (hehehe😁). mari mari sepanggar island adalah lokasi yang cukup sempurna. sebab penginapan dia tidak terlalu mahal, laut cantik, pantai cantik, aktiviti laut pun ada.


  • Secara jujur, sebenar saya tidak mau sebut pasal ni, tapi untuk kebaikan semua supaya ada kesedaran lah kan! di persisiran pantai pulau sepanggar ni terdapat banyak sampah. sampah ni datang dari mana, datang dari kawasan terdekat. sebenarnya bukan sini saja yang banyak sampah, mana-mana pantai atau persisiran pantai yang ada di sabah ni pasti ada sampah. dan saya percaya semua ni berpunca dari kelalaian kita semua. tapi kamu jangan risau, ada angels juga yang selalu mengutip sampah di pantai. god blessed them. jadi, mari lah kita terapkan di dalam hati kita supaya lebih bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar kita. sekurang-kurangnya buang lah sampah di tempat yang sepatutnya. kalau tiada tong sampah, telan! inda bah hahaha.
setiap hari, dorang akan kutip dan kumpul sampah-sampah yang ada di pantai dan laut sekitar kawasan mari-mari sepanggar.

CARA KESANA :

Untuk kepulau sepanggar, semestinya naik bot laju. kamu pernah naik bot laju kah? jangan takut, dia laju tapi kamu tidak terbang juga, excited adalah. terutama bagi kamu yang first time, hehe😁.

perjalanan selama 15minit-20minit dari jeselton point dengan kadar harga tiket pulang balik sebanyak rm50.

dari jeselton point, bot bertolak jam9:30am, dari pulau to jeselton point bertolak pada jam 2pm atau 3pm. untuk kamu yang day trip di sini, aturlah masa kamu dengan sebaiknya, nanti siok-siok berenang sampai lupa jam, tetinggal bot pula.

*kalau kamu mau day-trip, kamu direct ja terus di kaunter dorang. kaunter no.12. tempah boat dan lepas tu jalan.


PENGINAPAN :

untuk penginapan, kamu boleh chek booking.com untuk buat perbandingan harga. tapi kamu boleh chek website mari mari sepanggar island untuk tour&package overnight stay. melalui dorang, segala itinerary akan di urus termasuk penginapan, bot pulang balik dan aktiviti laut(kalau kamu mau buat).dalam package dorang ni,tidak termasuk makan.dan kalau saya, saya booked penginapan dan bot pulang balik saja memandangkan saya sekadar mau stay sambil relax dan mau bersendirian.(ketara tekanan perasaan.hahaha😂). ngam-ngam masa ni dorang ada buat promosi, jadi saya dapat hill chalet nun jauh di atas bukit dengan harga Rm88(per/night) sahaja, berbanding dengan harga biasa mungkin Rm100-Rm200.

hill chalet
tapi waktu malam lagi lah seram. tapi jangan takut, tiada hantu juga 😂

Di bawah ni adalah laluan turun naik turun naik macam rolercoster dari pantai/restoran hingga ke hill chalet :

Kalau malam, laluan dia macam ni. di terangi cahaya lampu sepanjang laluan :

breakfast, lunch & dinner boleh beli di sini sebab sini ada kafe juga(buka dari jam7am sampai 7pm saja). saya rekomen kamu bawa makanan tambahan seperti bun, roti, keropok , mineral water & minuman tin seperti kopi/cola sebab harga di sini agak mahal tapi kalau kamu ada bajet lebih, bole beli di sini. just in case saja mana tau tiba-tiba mulut kamu gatal mau mengunyah masa tengah malam sebab tidak dapat tidur atau pun kamu mau minum kopi sambil menulis diary dan menghayati permandangan cantik dari balcony tempat kamu stay. 👍

Elektrik dorang , untuk day time dorang guna tenaga solar. malam pula generator power beroperasi dari jam6pm-6am. . dan 1 lagi, di hill chalet tiada plug socket jadi yang bawa laptop tu, kasi cas laptop kamu full sebelum datang sini. untuk cas telepon, kamu perlu bawa cable charger saja. kalau bilik-bilik selain hill chalet saya kurang pasti, mungkin ada plug socket.


ACTIVITI DI SINI

kalau kamu mau buat aktiviti di sini, ada baiknya book awal-awal lah supaya sampai sini, terus tukar baju dan jalan masuk laut. kamu bole chek website rasmi mari-mari sepanggar.

  1. Diving (rm180/promo rate rm88)
  2. Banana boat (rm70/promo rate rm 35)
  3. Parasailing (rm120/promo rate rm 60)
  4. Sea walking (rm250/promo rate rm88
  5. Kayak (rm50/promo rate rm15)
  6. Fishing (rm50/promo rate rm25)
  7. snorkling/berenang-renang (free of charge kalau kamu tidak sewa alat-alat snorkling)
  8. hiking (ni tiada info saya dapat, malas bertanya hahaha😂)
  9. Jalan-jalan sambil selfie (free of charge)
  10. Tapak BBQ (free of charge)

*Promo rate valid dari 13 june sampai 31 december 2020 (local sahaja)


Jalan-jalan menjelajah pantai :


KESIMPULAN :

  1. tidak banyak yang dapat kita buat di sini kalau kita tidak buat aktiviti laut macam snorkling, kayak dan aktiviti-aktiviti laut lain. kalau jalan-jalan di pantai pun, tidak banyak yang kita nampak. tapi pendapat saya, tempat ni memang sesuai untuk beriadah bersama kawan-kawan atau pun keluarga. di sini kita dapat tenangkan fikiran dan lari dari kesibukan seharian kita di bandar untuk seketika, boleh baca novel dengan tenang sambil dengar bunyi serangga di hutan. dan kalau malam, lampu di sepanjang tangga naik atas bukit sangat cantik.
  2. kemudahan di sini memang lengkap meskipun ada yang perlu di perbaharui contohnya, kalau di hill chalet tiada locker untuk kita simpan baju, tiada penyangkut untuk kita sangkut barang macam baju atau pun plastik makanan. dan lagi 1, banyak betul monyet yang suka mengacau di restoran dan suka betul naik di chalet lepastu kencing depan pintu.hahaha 😂. tapi bagi saya bukan lah 1 masalah, yang penting kita have fun saja lari sana lari sini kalau-kalau di kejar monyet.hehe 😁. tapi yang penting safety first.

  1. apa yang saya pelajari di sini, masa saya jalan-jalan di persisiran pantai sekitar jam12pm-jam2pm macam tu, pantai agak bersih. tapi bila air laut surut sekitar jam5pm , ahhh… keluar sudah tu sampah yang sangat lah banyak. sangat sedih sebab pulau kita mengalami keadaan macam ni. saya tidak tau lah macam mana keadaan pulau-pulau yang lain di seluruh malaysia ni tapi di sini, sangat sedih. saya percaya semua ni sebab kelalaian kita juga tapi kita tidak boleh salahkan siapa-siapa. atleast kita dapat mendidik diri kita agar lebih bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan laut dan alam sekitar kita. bukan kita saja tapi juga kepada anak-anak muda yang ada di luar sana.
  2. imej di bawah ni adalah untuk kita renung-renungkan bersama :

Jadi yang selebihnya, yang saya tiada bagi tau, nanti kamu alami sendiri lah ! Good luck sabahan 😉



“Hi, saya kundou. Sabahan yang ingin fokus tentang “BETAPA INDAHNYA NEGERI DIBAWAH BAYU”. Saya mahu menerokai keindahan yang Ada di seluruh Sabah Dan Malaysia Dan mahu menginspirasikan anak-anak jati Sabah untuk lebih “MENCINTAI” tanah kelahiran sendiri. Dan ingin berkongsi tentangnya di “site” ini.