Sepilok – Apa Yang Menarik Di Sini || Tips Solo Backpack on Budget Di Sepilok .

(visited on 8 september,2020)


Kalau bercakap pasal sepilok, pasti perkara pertama yang akan kita fikirkan adalah pusat pemuliharaan orang utan sepilok. tapi sebenarnya selain daripada itu, sepilok juga ada pusat pemuliharaan beruang madu borneo(BSBCC), dan juga Rainforest discovery center(RDC).

Tujuan datang ke sepilok. sudah semestinya mau tengok orang utan, beruang dan haiwan lain kan. selain daripada itu, kita juga boleh tengok sendiri rainforest yang ada di sana dan kita juga dapat merasakan betapa tenangnya bila berada di tempat yang di kelilingi dengan hutan.









Mari ! Datang Melawat Sepilok









Cara Untuk Ke Sepilok

Cara untuk ke sepilok adalah sangat mudah memandangkan terdapat banyak pengangkutan awam seperti mini van. pengangkutan awam ni kita boleh cari di sekitar kawasan millimewa sandakan tidak berapa jauh dari station bas sandakan dengan harga rm4/sehala. Tapi sejak pkp di laksanakan di negara kita, pengangkutan awam ke sepilok di berhentikan sebab tiada sudah orang putih yang datang di sabah(tiada pelancong). kalau ada pun, mini van hanya dapat menghantar kita sehingga simpang masuk ke sepilok, dan dari sana kita perlu berjalan kaki sejauh 2.9km selama sekitar 36minit. it’s okey, saya sudah jalan kaki deluan 😂.

macam dalam ni map lah. sehat ok jalan kaki😂


Kalau kamu mau memandu dari bandar sandakan ke sepilok, mengambil masa selama sekitar 33minit sejauh 26km.

kalau naik grab-car, sama juga sekitar 33minit sejauh 26km dengan harga Rm32/sehala. itu pun kalau kamu lucky lah sebab capaian grab car di sini sangat limited. mungkin sebab jauh dari sandakan. hehe. kalau naik texi sekitar Rm35-Rm45 macam tu.

tapi saya percaya, lepas pkpp ni tamat dan situasi dunia sudah kembali pulih, pengangkutan awam juga akan kembali beroperasi di sepilok. amin.


Jadual perjalanan pengangkutan awam ke sepilok : (mini bus no.14)

perjalanan selama 40-50 minit bergantung dengan berapa banyak dia stop kasi turun penumpang atau ada yang mau naik dari bastop yang kamu singgah lah. cost oneway Rm4. untuk pengetahuan semua, bas yang ada di sandakan ni ada sedikit mengelirukan bagi kamu yang baru pertama kali datang ke sini. sebab bas dorang menggunakan nombor, tidak seperti di kota kinabalu menggunakan nama-nama pekan yang kena sangkut depan pemandu ataupun di siring badan bas. tapi kalau bas ke sepilok mudah di cari sebab ada tertulis “sepilok orang utan rehabilitation center”. bas lain pun ada tulisan juga cuma kita tidak tau lokasi ni bas pg. hehe.

Sandakan – sepilok (setiap hari) :

9am, 10:30am, 11:30am, 1pm, dan 2pm.

sepilok – sandakan (setiap hari ) :

10:30am, 11:30am, 1:30am, 2pm, dan 4pm.

tapi jangan lupa rancang perjalanan kamu supaya kamu tidak ketinggal bas. sebaiknya kamu tanya pemandu bas jam bila dorang akan balik ke bandar sandakan. mana tau tiba-tiba dorang tidak ikut jadual perjalanan.


Mana mau stay di sandakan :

for those yang mau singgah di sandakan, mau jalan-jalan di sana. di bawah saya list 2 tempat stay yang murah lah. tapi selain dari ni 2, masih banyak lagi pilihan lain lah. nanti kamu buat perbandingan harga ikut cita rasa kamu ya.

Oceanus Backpackers

bayar online/mastercard. pastikan kamu watsapp owner dia lepas kamu sudah booking stay supaya dia tau bila kamu sampai di sana lah. lokasi dia dekat watson. jarak dengan harbourside backpackers hanya 1 minit jalan kaki ja.

Harbourside Backpackers

bayar cash. lokasi berdepan dengan tempat masuk utama Harbour mall sandakan. di tingkat bawah ada restoran dan sangat ideal lah kalau mau cari makan. tidak perlu jalan jauh-jauh. padahal saya sanggup jalan sampai sana station bus sebab mau beli nasi ayam RM5 😂

Mana mau stay di sepilok :

kalau mau pg sepilok rasanya wajib tidur 1 atau 2 malam terutama yang solo-solo. hehe. supaya kamu ada banyak masa mau terokai apa yang ada di sepilok. lagi pun kalau dari penginapan, kamu bole jalan kaki pg di pusat pemuliharaan orang utan , sunbear dan pusat pemuliharaan hutan(rdc). tidak juga jauh bah, sekitar 5-20 minit jalan kaki bergantung dengan lokasi tempat kamu menginap. ambil peluang ini untuk bersenam. hehe. jadi di bawah ni ada 4 pilihan penginapan yang ideal. yang murah sampailah yang mahal.

Sepilok B&B(saya stay sini) ni kira-kira 1.6km dari pusat pemuliharaan orang utan dan sekitar 20minit kalau jalan kaki. 400m dari rainforest discovery center(RDC). tempat dia sedikit rustic tapi berbaloi dengan harga dia. di sana ada restoran dan breakfast(free). lunch dan dinner bayar.hehe. sekitar rm12 macam tu kalau makan sana. jenis bilik kamu boleh pilih lah, dorm ataupun bilik persendirian. kalau saya, saya stay dalam bilik ada dua katil dan ada kipas lokasi dia saaaaaaana hujung dakat-dakat hutan, syukur tiada babun menyerang. haha. Rm40.5 untuk 1 malam. saya sangat merekomen ni tempat memandangkan saya menghabiskan masa di sini cukup aman di tambah lagi dengan service dorang yang sangat bagus. tapi pilihan kamu tu keputusan kamu lah.

peringatan : indada tuala kena sedia. hehe. tapi kalau bilik persendirian saya kurang pasti. bawa botol air kamu sebab boleh isi di sini, no cas di kenakan.

Untuk

Sepilok B&B | bajet

(klik sini untuk perbandingan harga di booking.com)

Paganakan dii tropical | bajet

(klik sini untuk perbandingan harga di booking.com)


photo by : paganakan dii tropical

Paganakan dii tropocal | bajet Rm25 dan keatas untuk 1 malam. ni jauh dari pusat pemulihan orangutan. jarak dia sekitar 5km macam tu. tapi lokasi dia di dalam hutan dan sangat sesuai bagi kamu yang mau merasakan suasanan tropical. buka jendela saja terus terpampang suasana hutan dan dapat dengar bunyi-bunyi burung. tapi, sebenarnya mana pun tempat kalau di sepilok, bunyi haiwan tu ada di mana-mana hehe. dorang ada menyediakan free shuttle(pengangkutan free) untuk pg di depan pusat pemulihan orang utan. pg sana jam9am , dorang ambil kamu jam 4pm.

peringatan : kalau kamu pilih menginap di sini, bawa tuala kamu sebab dorang tidak kasi sedia. restoran ada, breakfast(free) ada.


photo by : Nature lodge sepilok

Nature lodge sepilok

bersebelahan dengan sepilok B&B. bajet Rm35-Rm46 1 malam kalau kamu stay di hostel/share dorm. dorang ada airport shuttle service kalau sia tidak silap. dorang juga ada restoran dan breakfast(free).

Sepilok forest edge resort

Kalau kamu mau rasa stay di resort, kamu boleh lah pilih di sini. stay di share dorm, Rm43 untuk 1 malam. kalau chalet Rm220-Rm1,600 untuk 1 malam. dorang ada restoran. kalau breakfast(free) tiada. jarak dari pusat pemulihan orang utan kira-kira 15minit jalan kaki.

photo by : sepilok forest edge resort

Meski pun ni 4 penginapan saja yang saya dapat kasi list di sini, kamu boleh juga chek sendiri di internet lah kalau mau buat perbandingan harga, keselesaan dan lokasi penginapan yang ada di sepilok. sebab masih ada lagi penginapan yang lain. saya rekomen kamu guna booking.com memandangkan saya pun guna itu juga. dan sekarang saya di level genius 2 dan dapat banyak diskaun %. maklumlah rajin chek in. heheh.

dan for those yang mau datang sini dan mau baca lebih lanjut, kamu klik di kolum-kolum di atas atau di bawah yang ada tulis, sepilok orang utan rehabilitation centre, bornean sun bear conseration centre, rainforest discovery centre. di sana ada juga terselit cara untuk datang ke sandakan lah bagi kamu yang first time mau datang sandakan. ~ so, Good luck sabahan 😘




“Hi, saya kundou. Sabahan yang ingin fokus tentang “BETAPA INDAHNYA NEGERI DIBAWAH BAYU”. Saya mahu menerokai keindahan yang Ada di seluruh Sabah Dan Malaysia Dan mahu menginspirasikan anak-anak jati Sabah untuk lebih “MENCINTAI” tanah kelahiran sendiri. Dan ingin berkongsi tentangnya di “site” ini.