Sepilok | Orangutan Rehabilitation Centre

Di tahun 2015 saya pernah datang melawat sepilok. tapi saya tidak menyangka yang saya akan jatuh cinta dengan sepilok dan akan making a comeback di sini.hehe. melihat orang utan bukan lah hasrat saya pada mulanya. tapi setelah beberapa tahun berlalu, tuhan membuka mata saya dan memberikan saya peluang untuk melihat dari perlbagai perspektif tentang, betapa indahnya borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. jadi, di sini saya akan highlightkan sedikit tentang pusat pemuliharaan orang utan sepilok dan mau menegaskan betapa pentingnya pusat ini untuk orang utan yang ada di sabah.








Orangutan Rehabilitation Centre









Sedikit Pengenalan :

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok – Kabili, 24 km dari SandakanSabah.Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hentar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.[1]

Kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Laurentius Ambu, tujuan utama pusat ini ialah membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semula jadi apabila masanya sesuai.

Pusat ini juga berfungsi menyelamat dan mengembalikan semula ke dalam hutan anak orang utan yang terpisah daripada ibunya.


Datang melawat saat pkpp atau hari berkerja adalah waktu yang tepat sekiranya kamu mau mengelak daripada berada di tempat yang ramai orang. tapi bukan semua kawasan kamu dapat pg sebab ada beberapa kawasan yang dorang tutup untuk pengujung. maksudnya hanya tempat terbuka di sana feeding dalam hutan saja lah kamu dapat peluang untuk tengok orangutan. tapi saya tidak cukup lucky masa tu sebab tiada orangutan yang datang masa feeding time. menurut staf sana, mungkin sebab di hutan masih ada banyak makanan sebab itu lah tiada orangutan atau monyet yang datang.

Gambar tahun 2015. tempat ni di tutup sementara sebab pkpp. lagi pun tempat ni kawasan tertutup kan.

video di bawah ni masa saya datang pada tahun 2015. first time guna android. hehe 😂

2020 guna canon eos. biarpun tiada muka orang utan dalam memory card. nex time sure 😅


Note :

yuran masuk untuk warga malaysia adalah Rm5

Cas untuk kamera digital Rm10

Tidak boleh bawa bag, makanan, air atau apa-apa saja yang boleh tarik perhatian monyet/orang utan. kamu boleh kasi tinggal barang kamu di kaunter tempat beli tiket atau guna locker yang dorang kasi sedia. jangan risau kalau kamu tidak tau mana tu locker sebab staf sana memang pastikan kamu tidak bawa masuk barang kamu so, at the end barang kamu tetap juga masuk locker.hehe.

telefon boleh bawa. tiada cas dikena kan.

Di sana ada restoran juga. kalau kamu mau bawa bekal sendiri, pun boleh sebab sana ada banyak pondok tempat berehat. saya makan lunch di restoran dekat tandas awam, rasa dia biasa-biasa saja. saya rekomen kamu makan di hostel, hehe 😅.

jadi itu saja lah. kalau kamu datang melawat, ambil lah waktu kamu untuk baca info yang dorang sudah kasi sedia di sana. ambil waktu untuk faham kepentingan pusat pemuliharaan orang utan di sepilok. selebihnya, nanti kamu alaminya sendiri. Good luck sabahan 🥰


“Hi, saya kundou. Sabahan yang ingin fokus tentang “BETAPA INDAHNYA NEGERI DIBAWAH BAYU”. Saya mahu menerokai keindahan yang Ada di seluruh Sabah Dan Malaysia Dan mahu menginspirasikan anak-anak jati Sabah untuk lebih “MENCINTAI” tanah kelahiran sendiri. Dan ingin berkongsi tentangnya di “site” ini.