Borneo Sabah~wetlands Ramsar Site Kota Kinabalu

Into The Woods Of Wetlands KK, Sabah


Into the woods giteww

hai sabahan 😃… apa khabar kamurang. sihat kah? masa hujung minggu ni jangan lupa datang melawat wetland kk ya. boleh selfie, tambah pengetahuan dengan belajar apa yang ada di tempat ni dan apa kepentingan dia untuk ekosistem kita. menyelam sambil menelan air. hehe. secara jujur ,tempat ni memang ada kekurangan yang perlu di perbaiki tapi ni tempat sangat di rekomendasikan untuk kamu sabahan semua datang. wajib? sebab.. dengan bayaran yang kita bayar tu, terus di salurkan pada tabung dorang untuk ni tempat. so, secara tidak langsung.. kita sudah memberikan bantuan sama wetland kk.

Pertama kali tengok di internet pasal ni wetland kk terus terlintas di fikiran yang view arashiyama bamboo forest, japan. boleh lah trip-trip macam luar negara kan, kasi tambah effect editing tahap mental breaking. hahaha. inda bah, main-main ja.


APA ITU WETLAND KK :

Tersembunyi antara Bukit Bendera dan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, ramai orang tidak menyedari kewujudan satu kawasan tanah lembap hutan paya bakau dengan keluasan 24 hektar yang terpelihara rapi di sebalik kepesatan pembangunan ibu negeri Sabah.

Dinamakan Tapak Ramsar Tanah Lembap Kota Kinabalu (KK Wetlands), adalah satu-satunya paya bakau yang masih tinggal berhampiran pusat bandar raya Kota Kinabalu,

INFO – Latar belakang KK Wetlands

  • 1980-an – Dicadang sebagai kawasan perlindungan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF)
  • 1996 – Diwartakan sebagai kawasan perlindungan mengikut Seksyen 28 Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) dan diurus oleh Jawatankuasa Pengurusan Santuari Likas (LWSMC)
  • 1999 – Diwartakan sebagai Tapak Warisan Budaya mengikut Enakmen Warisan Budaya (Konservasi) 1997
  • 2000 – Diwartakan sebagai santuari burung dan dikenali sebagai Santuari Burung Kota Kinabalu (KKCBS) pada Disember
  • 2005 – Persatuan Pemuliharaan Tanah Lembab Sabah (SWCS) ditubuhkan dan mengambil alih pengurusan daripada LWSMC pada Ogos
  • 2006 – Secara rasmi dinamakan KK Wetlands bagi memperluas kepentingannya sebagai kawasan pemeliharaan ekosistem paya bakau
  • 2009 – Dicadang sebagai tapak Ramsar oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
  • 2011 – Maklumat berkaitan tapak Ramsar diserahkan kepada ibu pejabat Ramsar
  • 2013 – Diluluskan Kabinet Sabah sebagai tapak Ramsar kedua di Sabah pada Mac, manakala oleh Kabinet Persekutuan pada November
  • 2016 – Disenaraikan sebagai Tapak Ramsar Ketujuh di Malaysia pada 22 Disember
  • 2017 – Diumumkan secara rasmi sebagai Tapak Ramsar oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 17 Julai, manakala pelancaran rasmi pada 21 September.

*untuk info lebih lanjut kamu boleh klik link ini untuk baca lebih terperinci tentang WETLANDS KK.


*Tidak banyak yang akan kamu nampak di sini selain daripada pokok bakau. tapi sepanjang perjalanan menyusuri laluan jambatan kayu, kamu dapat melihat banyak signboard tentang spisis kayu bakau, spisis burung, spisis ketam, spisis kerang & jenis ular yang ada di paya bakau. secara tidak langsung, kamu dapat belajar serba-sedikit tentang kepentingan ekosistem paya bakau yang ada di negara kita.

*masa yang sesuai datang kesini adalah di waktu pagi. tapi kalau kamu mau datang di waktu petang pun boleh tapi suasana dia akan menjadi sedikit seram dan gelap terutama kamu yang mau datang sendirian macam saya. masa perjalanan macam ada saja yang memerhati di pisuk-pisuk hutan. hahaha 😂 . inda bah, main-main.


CARA KESANA :

kalau kamu berada di bandar kota kinabalu dan mau memandu sendiri, kamu boleh guna google map direction. dan bagi kamu yang tiada kenderaan, kamu boleh datang dengan menaiki Grab car dengan harga tambang rm5/sehala.


DI BAWAH ADALAH GAMBAR-GAMBAR YANG SAYA SEMPAT AMBIL :

jambatan pertama yang kamu akan lalui sebelum masuk dalam kawasan hutan paya bakau.

GAMBAR PAYA BAKAU :


GAMBAR SEPANJANG LALUAN :

into the woods of wetlands.

EDUCATION SIGNBOARD :

Dan selebihnya kamu alaminya sendiri saat kamu sudah berada di sana ya…!



“Hi, saya kundou. Sabahan yang ingin fokus tentang “BETAPA INDAHNYA NEGERI DIBAWAH BAYU”. Saya mahu menerokai keindahan yang Ada di seluruh Sabah Dan Malaysia Dan mahu menginspirasikan anak-anak jati Sabah untuk lebih “MENCINTAI” tanah kelahiran sendiri. Dan ingin berkongsi tentangnya di “site” ini.