PENAMPANG SABAH~LOK KAWI WILDLIFE PARK, kk

LOK KAWI WILDLIFE PARK

where you can see a lot of rare wildlife animals


Terletak di sempadan antara daerah penampang dan papar. dan sekitar 15km jauhnya dari bandaraya kota kinabalu. ianya juga berdekatan dengan pekan putatan dan kinarut.

CARA KE SANA :

Memandangkan lokasi dia yang agak jauh dari bandar kota kinabalu, jadi agak sukar untuk ke sana dengan pengangkutan awam atau pun grab car. kalau pengangkutan awam memang tiada yang ke sana. dan kalau grab car, mungkin tiada pemandu yang sanggup untuk kesana. tapi 1 kelebihan lah bagi kamu yang ada kereta sendiri boleh memandu terus di sana bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

tapi bagi yang solo traveler macam saya lepas tu tiada kereta, sian indada lesen dan tidak mampu ccm haha 😂, kamu jangan risau sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. kan! hehe 😁

baru-baru ni saya ada melawat lok kawi wildlife park. apa yang saya buat, sorry saya lupa gambar tu tempat kalau-kalau kamu tidak tau di mana.

kamu pg di karamunsing, kamu limpas di bawah tu jembatan besar sampai lah kamu jumpa ada banyak kereta awam warna putih merah ada tulis penampang-kk di siring dia. kamu cakap sama pemandu dia yang kamu mau pg di lok kawi wildlife park. lepastu kamu bincang bagus-bagus harga pulang-balik. kalau saya, saya dapat Rm40 pulang balik. itu kira murah sudah tu berbanging dengan pelancong asing, dorang cas RM80. dengan cara ni, maksudnya kamu charter dorang untuk hantar kamu dan ambil kamu. kamu mau dorang tunggu atau pun kamu call dorang kalau kamu sudah puas keliling lokkawi. hehe.


pintu masuk dan tempat beli tiket

Sesudah kamu sampai, kamu masuk ja sana. sudah beli tiket, kamu bebas sudah jalan-jalan. tapi jangan suka-hati masuk jalan yang di tutup ya.. kamu terjumpa harimau, tanggung sendiri.hehe.

*macam saya, masa saya jalan-jalan di botani park saya tidak sengaja termasuk jalan yang ditutup sebab tiada signboard ataupun saya terlepas pandang. hehe 😁


GAMBAR YANG SAYA SEMPAT AMBIL DENGAN KUALITI KAMERA TELEPON DAN CAS 16% 😂 :


Education signboard : yang kita bole baca untuk pengetahuan kita tentang kepentingan hidupan liar.


Kesimpulan :

*kalau kamu masuk di sini dan tengok haiwan-haiwan yang ada di sini, kamu dapat lihat sesetengah haiwan yang sangat tertekan sebab di kurung dalam kawasan yang sempit. tapi kamu harus ingat dan lihat dari sisi pandang yang lain, kebaikan zoo untuk generasi kita, generasi anak muda di mana kita dapat belajar tentang kepentingan hidupan liar yang ada di negara kita. sebab haiwan-haiwan yang ada di sini adalah antara spisis haiwan yang sedang di ambang kepupusan. kamu boleh baca tentang kepentingan zoo yang ada di negara kita di link ini , Kepentingan zoo negara malaysia.

*pengangkutan awam : saya ada terfikir sejak dulu lagi, bukan saja ke lokkawi tapi untuk pulang dari kundasang ke kota kinabalu adalah sangat susah untuk kita mencari pengangkutan awam. tapi mungkin juga ada faktor-faktor lain kenapa pengangkutan awam untuk ke tempat menarik sekitar kawasan kota kinabalu ni kurang. berbanding dengan sandakan ke sepilok atau pun kuching ke bako national park, sarawak. pengangkutan seperti mini van dan bas sentiasa ada bergantung dengan jam operasi. tapi secara peribadi saya berharap agar di masa hadapan pengangkutan awam untuk ke tempat-tempat menarik sekitar kota kinabalu di naik taraf untuk kemudahan para pelancong tidak kira lah warga negara mahu pun warga asing.

*Untuk kamu yang mau buat donation bagi membantu pemuliharaan Pygmy elephants di Lokkawi klik link di sini >>> Pygmy elephants Fundraiser


dan yang selebihnya nanti kamu alaminya sendiri. Good luck sabahan 😊


“Hi, saya kundou. Sabahan yang ingin fokus tentang “BETAPA INDAHNYA NEGERI DIBAWAH BAYU”. Saya mahu menerokai keindahan yang Ada di seluruh Sabah Dan Malaysia Dan mahu menginspirasikan anak-anak jati Sabah untuk lebih “MENCINTAI” tanah kelahiran sendiri. Dan ingin berkongsi tentangnya di “site” ini.