Sepilok-Bornean Sun Bear Conservation Centre(BSBCC)

pusat pemuliharaan dan penyelidikan hidupan liar untuk meningkatkan kebajikan haiwan dan pemulihan sun bear. pusat ini juga bertujuan untuk memberikan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan sun bear dan juga kepentingan pusat pemuliharaan spesies ini.

Tempat masuk ke sini dekat yang kolam ikan seberang jalan saja. ada singboard dan senang di cari.

Masa operasi bermula dari jam 9am hingga jam 3:30pm setiap hari dengan kadar tiket Rm5 bagi warganegara








Rumah Buat Beruang Terkecil Di Dunia








Sedikit pengenalan :

BSBCC di tububhkan sebagai pertubuhan bukan keuntungan di sabah pada tahun 2008. ia merupakan projek bersama antara penyelidik beruang matahari wong siew te, pemberi daya tanah rakyat(LEAP), jabatan hidupan liar sabah(SWD) dan jabatan perhutanan sabah(SFD).

BSBCC dikelilingi oleh pusat pemuliharaan orang utan sepilok di sepilok dan berkongsi kemudahan veterinar, kakitangan, tempat letak kereta, jalan masuk dan pintu masuk tiket.

Misi :

Misi BSBCC bukanlah sebuah zoo atau sekadar tarikan pelancongan, tetapi sebuah pusat untuk meningkatkan kebajikan haiwan, dan pendidikan, penyelidikan dan pemulihan. Untuk mengikuti matlamat ini, adalah perlu untuk mewujudkan keupayaan untuk merampas, memulihkan dan melepaskan anak yatim piatu yang sudah biasa dan bekas tawanan kembali ke alam liar. Untuk beruang tawanan, yang tidak dapat dibebaskan, bagaimanapun, adalah wajar untuk menyediakan persekitaran hidup jangka panjang yang lebih baik.[2]

Pada masa yang sama, pusat ini bertujuan untuk menjadi asas yang kuat untuk mendidik orang ramai mengenai penderitaan beruang matahari, untuk meningkatkan kesedaran pemuliharaan tentang spesies ini, dan untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang spesies ini.[3]

Melalui penyelidikan yang berterusan, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran, dan melindungi habitat selanjutnya, pusat ini mahu mencapai peningkatan perlindungan terhadap beruang matahari dan habitatnya.

Beruang BSBCC :

Beruang matahari berada di bawah Jadual 1 senarai spesies hidupan liar yang Paling Dilindungi di Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Maksudnya, membunuh, memelihara beruang, atau memiliki bahagian badan seperti kuku dan pundi hempedu boleh menyebabkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM50,000.[4] Pada masa lalu, banyak beruang matahari telah ditangkap dari alam liar dan disimpan sebagai haiwan peliharaan dalam sangkar. Secara aktif dirampas oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah atau secara sukarela diserahkan kepada BSBCC, pusat yang menyelamatkan beruang ini, dan memberikan mereka penjagaan dan kemudahan yang sesuai untuk hidup.

Founder BSBCC :


Sedikit gambar yang saya sempat ambil :

masa ni hujan jadi tidak banyak gambar yang saya dapat ambil. itu lah betapa pentingnya payung.hehe.

laluan macam jembatan ni adalah laluan kalau kamu sudah berada di BSBCC. dari platform2 di sana, kamu boleh tengok beruang matahari dari pelbagai perspektif. dari yang dekat, yang jauh, ada juga yang betapuk di hutan-hutan. kalau hujan pun tidak apa juga sebab ada pondok macam chekpoint. berehat sambil baca-baca artikel yang dorang kasi sedia d pondok.

Video dari instagram :


untuk sabahan yang nun jauh dari sandakan, bukan senang mau pg di sini tapi saya sangat berharap agar kita semua tidak terkecuali daripada ambil bahagian melibatkan diri untuk menyebarkan tentang kepentingan pemuliharaan beruang yang ada di sepilok. but how! saya selalu tanya diri saya sendiri ? kenapa saya sibuk-sibuk mau buat ni semua padahal tiada orang yang suruh dan tiada orang mau bayar saya. banyak sudah orang yang post gambar yang sama berulang-ulang. well..!

memang banyak pihak yang lebih berpengaruh sudah buat macam-macam. juru gambar, vlogging pun sudah post benda yang sama. tapi at the end… ianya tentang perspektif. kau post dari sisi pandang kau.

dengan gambar yang kau post, secara tidak langsung kau sudah melibatkan diri, kau sudah mempromosikan tempat seperti sepilok. orang yang tidak tau apa-apa tentang sepilok akan nampak kepentingan pusat pemuliharaan beruang matahari yang ada di sepilok.

imosi sikit 😩😅.

jadi, itu saja lah kan… selebihnya nanti kamu alami sendiri. Good luck sabahan 😘


“Hi, saya kundou. Sabahan yang ingin fokus tentang “BETAPA INDAHNYA NEGERI DIBAWAH BAYU”. Saya mahu menerokai keindahan yang Ada di seluruh Sabah Dan Malaysia Dan mahu menginspirasikan anak-anak jati Sabah untuk lebih “MENCINTAI” tanah kelahiran sendiri. Dan ingin berkongsi tentangnya di “site” ini.