Tuaran Sabah ~ kayak bersama Tembara River Cruise Tour~Morning Kayak 26 july 2020

“Break those walls that blocked your freedom since then, take that little steps towards your dreams”


Hi sabahan, hi orang tuaran ✌nah siapa kamurang yang “Nature lovers” tu… boleh lah datang di sini berkayak bersama Tembara river cruise & tour. jangan sia-sia kan masa lapang kamu dengan main pubg&ML saja. hehehe 😁 dekat saja bah! di kg. serusup tuaran saja.


Lokasi :

*Terletak di kg.serusup tuaran dan hanya 1jam perjalanan dari bandaraya kota kinabalu. kalau kamu nampak ada 3 patung kuda yang besar di roundabout, sana lah tu. mari tengok map di bawah.

*untuk kesana, kalau naik Grab car one way Rm28 kalau kamu dari pekan telipok. atau kamu boleh memandu sendiri bersama kawan atau pun bersama keluarga sehingga ke jety tembara, di sana ada parking juga. kalau kamu chek fb dorang, ada keluar soalan-soalan lazim, jadi kamu boleh tanya dengan dorang lah apa saja pertanyaan yang terlintas di fikiran kamurang.

screenshot google map

Tembara Kayak Morning Or Sunset

kamu boleh pilih mau berkayak di waktu pagi jam 10am-1pm atau di waktu petang jam 3:30pm-6:30pm. ngam-ngam dorang ada buat limited promosi sekarang, jadi saya dapat harga Rm25/person. berbanding dengan harga asal Rm110 (saya tida mau lepaskan peluang.hehe)

kalau saya , saya pilih berkayak di waktu pagi memandangkan musim july sekarang ni selalu hujan di waktu petang. tapi sabar saja lah kalau pagi ni betul-betul panas.

  • Note : aktiviti berkayak di kawasan laut dan paya bakau ni sangat mencabar dan lasak.sebab keadaan laut yang beralun alun, haha. dan arus yang deras. kalau masuk di kawasan bakau, laluan dia yang sempit dan banyak selekoh-selekoh. jadi, untuk kamu yang mau berkayak, bersedialah untuk sakit badan dan krem tangan dan kulit merah udang sebab panas. haha 😂
  • aktiviti ini sesuai dilakukan bersama kawan-kawan atau pun bersama ahli keluarga. senang sama-sama, penat sama-sama, terkandas di pokok bakau sama-sama. boleh lah saling tolong menolong 😂
  • part yang paling syok, kamu tidak dapat berhenti senyum dan selalu ketawa sebab pandai langgar bakau 😂
walau dimana jua engkau berada, kinabalu tetap di hati, gitu.

Apa yang kamu perlu bawa :

  • semestinya outfit yang sesuai. pakai baju lengan panjang, seluar panjang yang selesa atau seluar pendek saja pun boleh. paling penting topi mesti ada. tapi saya pakai singlet sebab saya memang biasa jadi udang 😂.
  • krim pemblock nyamuk 😂pun bawa kalau kamu ada, sebab di bakau banyak betul nyamuk, annoying.
  • bawa krim sunblock supaya kulit inda tebakar. (padahal sendiri inda bawa 😂).
  • baju ganti dan tuala pun perlu bawa lah sebab mana tau kamu mau berendam kan atau pun kamu mau pakai bra saja berenang pun boleh ehhh 😂 .di sana ada kamar mandi dan tandas juga.
  • kalau kamu mau bawa telefon/dslr kamu berkayak pun boleh tiada masalah, sebab saya pun dengan yakin kasi letak sana di bawa kaki dalam kayak tu kamera saya tapi dalam plastik lah supaya secure. (1 malam saya berfikir cara-cara mau kasi selamat kamera kalau-kalau kayak saya tebalik, sampai susah tidur .😂). paling bagus kalau kamu ada waterprof case untuk telefon kamu, tidak perlu risau masuk air. kalau kamu tidak yakin, minta tolong crew tembara river ambil gambar kamu pun boleh, sebab dorang ada di belakang kamu juga tu jaga kamu sepanjang masa kamu berkayak.
  • Dan… yang paling penting ! bawa air yang cukup. 1 atau 2 botol air mineral yang 1L. kamu bawa botol kosong dari rumah pun boleh sebab restoran di jety tembara ada tempat isi air sejuk juga.


Jadi di bawah ni ada gambar yang saya dan & crew tembara river sempat ambil, khas untuk kamurang 😊 :


Let’s go to the mangroves :


ok sabahan ! selebihnya nanti kamu alami sendiri ok ✌. tekan link ini untuk pendaftaran dan booking online Sabahtravel.com (promo til 31 Aug 2020)

Good luck sabahan 😉

Tembara river cruise Insta dan FB


“Hi, saya kundou. Sabahan yang ingin fokus tentang “BETAPA INDAHNYA NEGERI DIBAWAH BAYU”. Saya mahu menerokai keindahan yang Ada di seluruh Sabah Dan Malaysia Dan mahu menginspirasikan anak-anak jati Sabah untuk lebih “MENCINTAI” tanah kelahiran sendiri. Dan ingin berkongsi tentangnya di “site” ini.